Peraduan Terbaik BoBoiBoy ke-2

  • 9 years ago
UPDATE: Borang penyertaan boleh didapati dari sini!: http://www.monsta.com/contests

Sertai Peraduan Terbaik BoBoiBoy dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik seperti PLAYSTATION 3, PLAYSTATION VITA, iPOD NANO dan set mainan BoBoiBoy!

Cara Penyertaan:

1) Tonton siri animasi BoBoiBoy musim ke-2, setiap Ahad, 7 malam di TV3 bermula 9 Disember hingga 30 Disember 2012 selama 4 minggu

2) Jawab soalan yang diberikan di akhir rancangan dan kumpulkan kesemua 8 jawapan.

4) Tuliskan skrip perbualan watak-watak Animasi BoBoiBoy dengan kreatif di setiap panel komik.

5) Borang penyertaan boleh didapati di dalam 'Majalah Komik : Boboiboy' atau cetakkan borang yang di muat turun di www.monsta.com.

6) Hantarkan 4 jawapan mingguan bersama-sama karya anda ke alamat:

Bananana! - TV3
Kumpulan Pengurusan Jenama (BMG)
Sri Pentas, No. 3, Tingkat 2, Sayap Utara
Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya, Selangor.

6) Pemenang akan diumumkan di TV3, 'Majalah Komik BoBoiBoy' dan di www.monsta.com.

Semoga Berjaya!

Category

📺
TV