Arab Saudi: Ibadat haji selesai dengan sempurna

  • 9 years ago
Pihak berkuasa Arab Saudi menyifatkan haji tahun ini adalah yang paling berjaya selepas lebih dua juta umat Islam dari seluruh dunia selesai mejalankan rukun Islam kelima itu dengan aman dan sempurna.

Menurut Gabenor Makkah, Putera Mishaal Abdullah Haji 1435 adalah satu kejayaan besar kerana jemaah dapat menunaikan ibadat dengan mudah dan dalam keadaan selesa.

Baginda juga mengucapkan tahniah kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Abdullah, Putera Mahkota Putera Salman, Timbalan Putera Mahkota, Putera Muqrin kerana kelancaran operasi.

Bibuan jemaah haji bergerak dari Mina selepas mengerjakan wajib haji iaitu melontar sebagai simbolik menghalau syaitan dengan melempar tujuh biji anak batu di tiga jamrah.

Walaupun cuaca panas tetapi pergerakan ke jamrah berjalan dengan teratur tanpa sebarang gangguan.

Recommended