Ribuan demo di Kedutaan Amerika, bantah kekejaman Zionis

  • 9 years ago
Ribuan umat Islam berhimpun di hadapan bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara hari ini bagi menyatakan bantahan mereka terhadap kezaliman sekutunya Israel yang sedang mengganas di bumi Palestin, khususnya di Gaza.

Himpunan ini bermula sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan Masjid As-Syakirin, KLCC sebelum mereka berarak ke bangunan kedutaan.

Sebahagian besar mereka membawa kain rentang dan sepanduk mengutuk kekejaman tentera rejim Zionis yang membunuh rakyat Palestin.

Recommended