'Belasah belia sampai mati beri persepsi buruk terhadap Islam'

  • 9 years ago
Seorang perwakilan Puteri Umno kecewa dengan laporan mengenai seorang belia yang dibelasah sehingga mati di sebuah masjid di ibunegara tiga hari lalu kerana disyaki mahu mencuri tabung masjid, kerana ia memberi persepsi buruk terhadap Islam.

Sambil mengecam perbuatan tersebut, wakil dari Perak itu, Farina Mohd Bali berkata tindakan itu tidak berperikemanusiaan dan bukanlah didikan agama Islam.

Sekaligus, katanya, ia menjadi satu isu yang memenuhi dada akhbar dan laman sosial facebook serta telah memberi persepsi buruk terhadap Islam.

Recommended