Saham judi: Ibrahim Ali akan saman

  • 9 years ago
Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali melahirkan rasa terperanjat dan menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution bahawa dia mempunyai saham dalam syarikat judi, Ascot Sports sebagai jahat, biadap dan tidak berakhlak.

Dalam SMS yang dihantar hari ini, Ibrahim juga membidas Malaysiakini kerana menyiarkan laporan itu semalam.

Saya terperanjat dengan sifat jahat, biadap dan tidak berakhlak langsung tuduhan Saifudin Nasution yang membuat dakwaan saya ada saham saham judi dalam syarikat Ascot Spots kepunyaan Vincent Tan.

Kenyataannya terbit dalam Malaysiakini yang ditulis oleh Salhan K Ahmad. Penulis dajal ini wujud atau pun tidak atau guna nama samaran, tulisnya.

Menurut Ibrahim kenyataan berkenaan bertujuan memburukkan namanya kerana kelantangan beliau memperjuangkan agenda Melayu.

Category

📺
TV

Recommended