Video: Bukan bidadari hanya patung pemuas nafsu

  • 8 years ago
Heboh apabila seorang nelayan di Indonesia mendakwa menjumpai seorang bidadari terdampar di pinggir pantai di wilayah Kabupaten Banggai Laut, Sulawesi Tengah yang jatuh dari langit.

Pardin, 21 tahun nelayan tersebut kemudiannya membawa pulang 'bidadari' itu dan dijaga oleh ibunya dengan memandikannya dan menghiasnya dengan pakaian.

Ekoran penemuan tersebut, rumah Pardin dikunjungi orang kampung yang menyifatkan ia adalah kurniaan tuhan dari syurga.

Namun apabila pihak polis datang ke rumahnya barulah terbongkar bahawa patung tersebut bukannya bidadari tetapi adalah patung pemuas nafsu (sex toy).

Patung tersebut dirampas oleh pihak polis bagi mengelakkan sebarang salah faham di kalangan penduduk kampung.