Nahas lubang 12 meter, kontraktor diarah henti kerja

  • 8 years ago
Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) mengeluarkan perintah berhenti kerja kepada kontraktor Indah Water Konsortium, IWK kerana tidak menutup lubang di Jalan Universiti, Seksyen 17, Petaling Jaya, Selangor.

Semalam, sebuah kereta terjatuh dalam lubang 12 meter, mengakibatkan seorang warga emas dan pembantu rumahnya cedera.