Video Neelofa berubat dengan Haron Din cetus pertikaian

  • 8 years ago
Tindakan pemenang anugerah bintang paling popular Berita Harian Neelofa memuat naik video berubat dengan Mursyidul Am PAS Dato Dr. Haron Din mencetuskan pertikaian di antara para pelayar internet.

Di dalam video berkenaan kelihatan Haron Din meletakkan tangannya di belakang badan Neelofa sambil membaca ayat Al Quran.

Oleh kerana itu ramai yang mempersoalkan tindakan Neelofa memuat naik video berkenaan yang dilihat sengaja mencari publisiti.

Namun ada juga yang mempertahankan video berkenaan dengan mengatakan ianya adalah proses perubatan dan Haron Din memegang Neelofa dengan berlapik.

Recommended