Stor barangan plastik terbakar, 18 mangsa masuk hospital

  • 8 years ago
Lapan belas penghuni termasuk kanak-kanak dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas selepas dua stor barangan plastik di bawah kediaman mereka di Taman Sri Andalas, Klang di sini, musnah terbakar, pagi tadi.

Kejadian kira-kira 11 pagi itu turut mengakibatkan lima kereta dan sebuah motosikal di depan premis empat tingkat berkenaan musnah.

Pemangku Ketua Zon Bomba Klang, Penguasa Bomba Amer Haizal Sahak berkata, setibanya di tempat kejadian, pemeriksaan mendapati api marak di bahagian depan stor itu dan mula merebak ke tingkat atas.

Recommended