Video: Menang podium ke 2, Khairul digelar 'jaguh litar basah'

  • 8 years ago
Pecutan meyakinkan Khairul Idham Pawi yang beraksi di litar basah akibat hujan sebelum perlumbaan membawa kemenangan kedua buatnya untuk tahun ini.

Khairul Idham membuktikan bahawa beliau adalah 'jaguh litar basah' walaupun memulakan perlumbaan di petak ke 20.

Pelumba kelahiran Kampung Gajah, Perak itu memimpin perlumbaan sehingga tamat dengan catatan masa 47 minit 07.763 saat.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi pelumba dari Itali, Andrea Locatelli dari pasukan Leopard Racing dan Enea Bastianini dari pasukan Gresini Racing.