Video budak perempuan diserang harimau di tengah pasar

  • 8 years ago
Satu rakaman ngeri memaparkan seorang kanak-kanak perempuan hampir dibaham harimau di sebuah pasar di Arab Saudi.

Harimau berkenaan dibawa bersiar-siar di kawasan awam hanya beberapa meter dari orang ramai membeli belah sebelum kanak-kanak terbabit dilihat datang menghampiri haiwan berkenaan dan diserang.

Rakaman berkenaan berakhir disitu tetapi saksi berkata kanak-kanak tersebut dapat diselamatkan selepas tuan harimau berkenaan menarik harimaunya daripada mangsa.

Pihak berkuasa Majlis Kerjasama Teluk kerap memberi amaran kepada orang ramai mengenai bahaya memelihara haiwan seperti itu di kediaman mereka.

Namun amalan itu dilihat sebagai simbol status, malah haiwan berkenaan juga boleh diiklankan dan dibeli dengan mudah melalui Internet

Recommended