BERSATU sudah, kini 'kerajaan Selangor' buat mannequin challenge

  • 8 years ago
Masih ingat lagi video mannequin challenge yang diterbitkan oleh parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), di mana Tun M mengeyitkan matanya dalam video tersebut.

Kini tiba giliran 'kerajaan Selangor' pula menerbitkan video mannequin challenge yang mana video berkenaan baru sahaja dimuat naik di laman rasmi Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kira-kira 30 minit lalu.

Video mannequin challenge dirakamkan ketika Majlis Pelancaran Skim Peduli Sihat pada 24 Januari lalu.
Dalam video berkenaan turut kelihatan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Ampang Zuraidah Kamaruddin dan beberapa lagi pemimpin kerajaan Selangor, para hadirin dan tidak lupa wartawan dan jurukamera.

Skim Peduli Sihat adalah skim kesihatan percuma untuk kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dalam belanjawannya bagi tahun 2017.

Recommended