Trump Enggan Bersalam Dengan Merkel

  • 7 years ago
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilapor enggan berjabat tangan dengan Canselor Jerman, Angela Merkel ketika kedua-dua pemimpin itu bertemu di White House pada Jumaat.
Pada awalnya, Trump menyambut ketibaan Merkel dengan berjabat tangan apabila pemimpin Jerman itu tiba di White House.
Namun apabila mereka berdua diminta wartawan dan jurugambar untuk berjabat tangan, Trump dilihat mengabaikan permintaan tersebut ketika kedua-dua pemimpin tersebut duduk menghadap kamera.
Dalam satu rakaman, Merkel juga dilihat bertanya kepada Trump sama ada beliau mahu berjabat tangan.
Tetapi Trump hanya memandangnya tanpa membalas pertanyaan Merkel itu, menyebabkan situasi antara mereka menjadi janggal.

Category

🗞
News

Recommended