Video: Wan Kuzain, Melayu pertama bermain di Liga Amerika Syarikat

  • 7 years ago
Heboh di laman sosial sejak Ahad lalu, perkongsian tentang 'wonderkid' Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal yang melakukan penampilan pertama selaku pemain profesional dalam Liga Soccer United (USL) mewakili pasukan Swope Park Rangers berdepan KC Energy.

Wan Kuzain mendapat jolokan 'Messi Amerika' apbila aksinya bermain bola ketika berusia 12 tular di laman sosial pada 2010 lalu.

Wan Kuzain kini berusia 18 tahun memakai jersi bernombor 75, bermain di posisi pemain tengah , dan dilihat banyak merancang dan menentukan rentak perlawanan dari bawah.

Menurutnya ayahnya,Prof Dr. Wan Kamal Napi berkata kepada Harian Metro "semua jurulatih dan rakan sepasukannya memuji persembahan Kuzain. dan mereka berpendapat aksi pertama Kuzain di Liga USL itu sangat baik".

Melalui statistik Wan Kuzain juga merekodkan ketepatan hantaran tertinggi dalam perlawanan tersebut, dengan 96%.
Wan Kuzain diturunkan dalam kesebelasan utama dan bermain hingga minit ke-75 sebelum dia digantikan pengendali pasukan, Nikola Popovic di mana pasukannya menang pada perlawanan tersebut engan keputusan 3-1.