Tentera AS pasang THAAD di Korea selatan

  • 7 years ago
Tentera Amerika Syarikat di Korea Selatan mula memasang peralatan sistem pertahanan peluru berpandu canggih di sebuah kawasan di tenggara negara itu di Seongju, Seoul meskipun menerima bantahan daripada penduduk tempatan.

Agensi berita Korea Selatan Yonhap melaporkan pihak sekutu menandatangani perjanjian pada tahun lepas untuk memasang peralatan sistem pertahanan anti-peluru berpandu Terminal Altitud Tinggi (THAAD) bertujuan menangkis ancaman peluru berpandu balistik Korea Utara.

Dilaporkan enam treler membawa radar berprofil tinggi sistem THAAD dan peralatan lain memasuki tapak untuk menempatkan sistem berkenaan.

Tentera Amerika Syarikat Korea (USFK) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu bagaimanapun Kementerian Pertahanan Korea Selatan mengesahkan kerja-kerja pemasangan sudah bermula.

"Pada langkah awal kita meletakkan beberapa peralatan dulu," kata kementerian.

Kementerian menambah, kedua-dua pihak akan membuat penilaian terhadap alam sekitar dan membina kemudahan berkaitan.

Kedua-dua pihak merancang THAAD akan beroperasi sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Tindakan itu menerima bantahan daripada penduduk serta mencetuskan pertelingkahan dengan pihak polis.