David Teo kena tampar depan Najib

  • 7 years ago
Pengarah filem terkenal, Datuk David Teo ditampar di hadapan Datuk Seri Najib Razak ketika sesi Dialog Transformasi Nasional 50 (TN50) di kediaman Perdana Menteri di Putrajaya malam tadi.

Ketika sesi khas dialog TN50 untuk industri hiburan, Teo mahu mengadu kepada Najib, yang berdiri di bulatan pentas.

Moderator sesi dialog, yang juga seorang pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Rosyam Nor, kemudian menegur Teo agar mengawal dirinya dan diminta melontarkan idea dalam masa seminit kepada Najib.

Berlaku beberapa pertengkaran di antaranya dan Rosyam dan kemudian Teo mula bertanyakan soalan kepada Najib.

Bagaimanapun, seorang lelaki yang datang dari arah belakang kemudian menampar Teo.

Kedengaran jelas di dalam video tersebut lelaki itu berkata "jangan biadap di depan Perdana Menteri' sebelum menampar Teo, yang berdiri tidak jauh daripada Najib.

Recommended