TMJ kepada Farizal "I'm with u"

  • 7 years ago
Tunku Mahkota Johor (TMJ) , Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan sokongan terhadapa Farizal Marlias berikutan insiden penjaga gawang berkenaan yang dilayangkan kad merah pada aksi separuh akhir kedua Piala AFC 2017 malam tadi.

"Kepada Farizal Marlias, I'm with u. Kepada penyokong-penyokong JDT, pemain JDT I Love U," kata TMJ dalam satu video yang di muat naik laman Facebook Johor Southern Tigers.

TMJ dalam video yang sama turut memberi nasihat kepada para penyokong JDT supaya tidak cepat melatah dengan kritikan akibat kekalahan JDT pada Piala AFC tahun ini.

"Kepada penyokong JDT mental jangan cepat koyak, baru kene ejek sikit mental dah koyak. ini tengok saya dah bertahun kene ejek tak lut, tak ada lut punya so sentiasa stand with your team, good night" pesan TMJ

Sebelum itu, penganalisis bola sepak negara, Serbegeth "Shebby" Singh di dalam program Fox Sport Asia analisis selepas perlawanan berkata Farizal telah memalukan kira-kira 3.6 juta rakyat Johor di Malaysia dan berharap beliau tidak lagi bermain bersama JDT selepas ini.

Category

🗞
News

Recommended