Visual kebakaran kilang dipercayai simpan mercun di Johor

  • 7 years ago
Sebuah kilang yang dipercayai menjadi tempat simpanan mercun terbakar semalam petang di Kawasan Perindustrian Senai 3.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kulai, Solleh Nasir mengesahkan kejadian terbabit sekitar jam 5.19 petang terbabit berkata tiga jentera dan 17 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sementara itu Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor, Mohd Rizal Buang berkata, sehingga 10.20 malam, operasi pemadaman kebakaran masih dilakukan, namun berjaya menyekat api merebak ke kilang berhampiran.

Susulan kebakaran itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 10 Akta Bahan Letupan 1957 kerana menyimpan dan menguruskan bahan-bahan letupan.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said berkata, "dua kertas siasatan dibuka berdasarkan laporan kebakaran dan Seksyen 10 Akta Bahan Letupan 1957 kerana menyimpan dan mengurus bahan-bahan letupan"

Tambahnya lagi, "melihat keadaan kebakaran, kita percaya bahan yang meletup adalah mercun, namun siasatan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat akan diadakan esok selari dengan siasatan polis bagi mengetahui punca kebakaran."

Recommended