Pulau Pinang dilanda banjir kilat

  • 7 years ago
Orang Pulau Pinang bangun di pagi yang basah hari ini selepas banjir kilat berlaku di beberapa kawasan negeri itu.

Antara kawasan yang dilanda banjir itu yang dikatakan berlaku antara jam 4 pagi hingga 9 pagi tadi adalah daerah timur laut negeri itu termasuklah bandar George Town, Jalan Masjid Negeri, Jalan P. Ramlee, Jalan Datuk Keramat, Jalan Perak, Jalan Kuantan, Bukit Gelugor, Bukit Gambir, Jalan Thean Teik, Jalan Lumba Kuda, dan Batu Ferringhi.

Di daerah barat daya pula, penduduk di beberapa kawasan di Relau, Bayan Baru, Teluk Bahang, Teluk Kumbar dan Bayan Lepas juga dilanda banjir kilat itu.

Di Seberang Perai pula, Mak Mandin, Bagan Dalam, Permatang Pauh, Taman Senangin, Bertam Indah, Jalan Ong Yi How, Raja Uda, Taman Cantik, Taman Siakap dan Jalan Bukit Tengah adalah antara kawasan yang terjejas dengan banjir.

Artikel penuh: http://bit.ly/2x0eyb

Website: https://www.themalaysianinsight.com
Facebook: https://www.facebook.com/themalaysianinsight
Twitter: https://www.twitter.com/msianinsight/
Instagram: https://www.instagram.com/msianinsight/

Recommended