Natxo Insa pemain terbaik Liga Super

  • 7 years ago
Pemain impian para peminat bola sepak tanah air untuk beraksi bersama skuad kebangsaan kini adalah pemain terbaik Liga Super.

Edisi September Pemain Terbaik Liga Super Persatuan Pemain Bola Sepak Profesioanal Malaysia (PFAM)-asiana 2017 menobatkan Natx sebagai pemenang.

Ketenangan Natxo mengemudi jentera tengah Johor Darul Tak'zim (JDT) menjadi pilihan dengan undian tertinggi menewaskan empat pencabar lain.

Natxo mendapat 2,847 undi meninggalkan pencabar terdekat Marko Simic (Melaka United) dengan 1,849 undi.

Undian dilakukan penyokong bola sepak tempatan menerusi laman sesawang rasmi PFAM.

Recommended