Nasi kandar eksklusif, jual sekali seminggu

  • 7 years ago
Sejak 15 tahun lalu, selepas kedua ibu bapanya Ali dan Rashidah tidak lagi mengusahakan kedai nasi kandar di SS13, Subang Jaya kerana sukar membawa masuk pekerja asing, atas permintaan pelanggan-pelanggan setia, perniagaan itu dibawa pulang ke rumah.

Setiap Ahad seawal pukul 2 pagi, Rogayah Ali sudah mula bersedia bagi memastikan nasi kandar disiapkan supaya gerai di halaman rumahnya dapat dibuka pada pukul 6.30 pagi.

Apabila tiba jam 6.15 pagi, Rogayah menyiapkan meja dan kerusi di halaman rumahnya, menyusun juadah nasi kandar seperti nasi putih, kari ikan, daging kicap, ayam goreng, sambal udang, terung, bendi, telur rebus dan pelbagai lagi sebelum pelanggan datang selepas selesai menunaikan sembahyang Subuh.

Website: https://www.themalaysianinsight.com
Facebook: https://www.facebook.com/themalaysianinsight
Twitter: https://www.twitter.com/msianinsight/
Instagram: https://www.instagram.com/msianinsight/

Recommended