Diaz kembali ke JDT?

  • 7 years ago
Laman rasmi Facebook JOHOR Southern Tigers (JST) memuat naik gambar bekas penyerang berbisa mereka Jorge Pereyra Diaz dengan kapsyen "Welcome back Champ. The Beast. 2018".

Gambar suntingan itu memaparkan Diaz memakai jersi kelab Leon pada sebelah bahagian dan jersi JDT pada sebelahnya lagi.

Namun belum ada kenyataan rasmi setakat ini adakah Diaz yang merupakan penjaring terbanyak Liga Super 2016 ini akan bermain kembali bersama JDT musim depan.

Diaz memang dikenali sebagai penyerang yang cukup berbisa dan menjadi kesayangan peminat JDT sejak ia dibawa masuk pada tahun 2015.

Jika benar berita ini bahagian serangan JDT akan dikemudi oleh Diaz dan Luciona Figueroa yang sebelum ini keluar dari persaraannya untuk bermain semula bersama JDT.

Sebelum gambar Diaz dimuat naik, laman JST telah mengumumkan selamat tinggal kepada Gabriel Guerra dan Gonzalo Cabrera yang tidak akan beraksi bersama pasukan itu.

Recommended