Bekalan makanan segar mencukupi

  • 7 years ago
Bekalan makanan segar di semua pasar tani seluruh negara di jamin mencukupi dan di jual pada harga lebih murah berbanding pasar biasa. Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA, Datuk Ahmad Ishak memberitahu Astro Awani, agensi itu telah bersiap sedia untuk memenuhi peningkatan permintaan semasa ramadan dan syawal sejak setahun lalu.