Remaja rempit rempuh polis berjaya ditahan

  • 7 years ago
Seorang remaja melayu bawah umur nekad merempuh seorang anggota polis sebelum melanggar sebuah kereta milik orang awam ketika cubaan meloloskan diri dari sekatan jalan raya. Insiden berlaku di jalan Padang Garam berhampiran Kota Marina, Kuala Kedah. Remaja terbabit antara yang ditahan polis dalam satu operasi jalan raya "Ops Cantas Trafik" oleh polis trafik ibu pejabat Polis Daerah IPD Kota Setar.

Layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.