Tuntutan bagi stok dikenakan SST dibenarkan

  • 7 years ago
Peniaga yang masih mempunyai stok barangan yang dibayar Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (SST) 5 peratus dan 10 peratus boleh mengemukakan tuntutan kepada Jabatan Kastam mulai April hingga September ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata peniaga yang berdaftar dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) boleh membuat tuntutan balik itu dalam tempoh enam bulan selepas ia dikuatkuasakan 1 April ini.