Kadar tambang LRT juga akan dinaikkan

  • 7 years ago
Kadar tambang bagi sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dijangka naik menjelang tahun depan berikutan langkah menaik taraf perkhidmatan pengangkutan awam itu. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar dipetik sebagai berkata pada Januari lalu, kenaikan itu akan dibuat selepas menimbang pelbagai faktor antaranya situasi ekonomi dan juga maklum balas orang ramai.