Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengorak langkah baharu dalam industri aeroangkasa negara hasil kerjasama dengan beberapa syarikat terbesar dunia pada Pameran Udara Dan Maritim Antarabangsa (LIMA) 2015.
Antaranya kerjasama dengan Airbus Group dan Rolls Royce sekaligus melonjakkan MARA dalam bidang berkenaan melalui penglibatan strateginya dalam Inisiatif Bandar Aeroangkasa Asia (ACC).