2 blok KPJ Seremban siap 50%

  • 7 years ago
Projek pembinaan dua blok bangunan baru Hospital Pakar KPJ Healthcare Berhad KPJ, Seremban setakat ini 50% siap. Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Seremban Maisarah Omar berkata pembinaan blok pakar setinggi lapan tingkat dan blok Annex setinggi enam tingkat di kawasan seluas 1.21 hektar itu merupakan program pembesaran hospital berkenaan. Ia bagi menampung bilangan pesakit yang semakin bertambah saban tahun, selain memberi keselesaan kepada pesakit.

Layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.

Recommended