Rakyat Sarawak yang berhasrat menceburi bidang gas dan minyak berpeluang untuk menyertai Syarikat Petroleum Negara (Petronas) selepas 192 kekosongan jawatan ditawarkan kepada anak tempatan.
Bagi tujuan itu, iklan kekosongan jawatan Petronas akan disiarkan di akhbar tempatan negeri itu sahaja.
Berita baik itu susulan kesepakatan yang dicapai antara pentadbiran negeri dan Petronas.
Ia hasil pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Seri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, di Putrajaya, kelmarin.