Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mencadangkan supaya kerajaan negeri menubuhkan bank sendiri iaitu Bank of Johor.
Ia bagi memudahkan rakyat negeri itu membuat pinjaman perumahan ekoran masih ramai rakyat yang tidak dapat memiliki rumah walaupun kerajaan negeri dan persekutuan membina banyak rumah mampu milik untuk rakyat berpendapatan rendah.