Malaysia berjaya menarik RM22.4 bilion dalam pelaburan terus asing (FDI) bagi separuh pertama tahun ini di sebalik persekitaran ekonomi yang kurang mengalakkan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia adalah peningkatan memberangsangkan berbanding RM17.5 bilion yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.