Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Kedutaan Perancis, untuk meningkatkan kemahiran komunikasi lisan dan pengetahuan pelajar mengenai budaya Perancis.
Naib Canselor UMK, Professor Datuk Dr Mortaza Mohamed, berkata di bawah memorandum ini, UMK bakal menerima seorang tenaga pengajar dari Perancis.