Video Trump iktiraf Baitulmuqaddis ibu kota Israel

  • 7 years ago
Di Washington pada Rabu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel, dan mengarahkan Jabatan Negara untuk memulakan proses memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke bandar itu.

"Saya yakin sudah tiba masanya untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis secara rasmi sebagai ibu negara Israel," katanya sambil menambah yang beliau telah menilai "sebab kepada tindakan itu menjadi kepentingan terbaik AS dan memburu keamanan antara Israel dengan rakyat Palestin."

"Itu adalah satu langkah lama bagi menggerakkan proses perdamaian dan berusaha untuk mencapai persefahaman yang kekal," tegasnya selain menganggap pengiktirafan 'perlu' untuk mencapai keamanan.

Walaupun Kongres AS meluluskan Akta Kedutaan Jerusalem 1995, yang memerlukan kedutaan AS di Israel dipindahkan dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis , bekas presiden AS, termasuk George W. Bush, Bill Clinton dan Barack Obama, dilihat menangguhkan perkara itu demi kepentingan keselamatan negara.

Status Baitulmuqaddis kekal sebagai satu isu utama dalam konflik Israel-Palestin.

Setakat ini, masyarakat antarabangsa tidak mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel dan tiada negara asing yang menempatkan kedutaannya di bandar itu.

Recommended