Video analisis taktikal Shakhtar Donestk menyerang dari bawah

  • 7 years ago
Kelab dari Ukraine ini menjadi sebutan selepas berjaya mengalahkan 'gergasi' Liga Perdana Inggeris yang dibimbing oleh jurulatih berpengalam Pep Guardiola.

Gaya permainan mereka sememangnya cukup menarik dengan hantaran bola rendah untuk membina gerakan dari bawah.

Mengekalkan penguasaan bola dibantu kemahiran individu pemainnya membuatkan taktikal Paulo Fonseca jurulatih Shakhtar Donestk ini cukup kemas.

Video ini menunjukkan bagaimana taktikal serangan dari bawah yang dibina pemain Shkhtar dengan penuh sabar dan cara mereka membuka ruang untuk peluang menjaringkan gol.

Shakhtar Donestk mengalahkan Mancherster City 2-1 pada aksi terakhir Liga Juara Juara Eropah sekaligus melayakkan mereka ke peringkat kalah mati.