Penyek muka bayi, jururawat dipecat

  • 7 years ago
Seorang bayi 'dipenyekkan' mukanya oleh seorang jururawat sambil dirakam rakan sejawatnya di sebuah hospital di Arab Saudi, menjadi tular di media sosial.

Rakaman video tersebut menunjukkan jururawat terbabit 'membentukkan' muka bayi terbabit sambil rakannya ketawa.

Bayi yang baru dilahirkan itu dirawat di hospital selama 10 hari kerana jangkitan kuman pada saluran kencing.

Memetik laporan media tempatan, ibu bapa bayi berkenaan menyedari perbuatan tidak senonoh jururawat terbabit selepas rakaman itu tersebar dalam talian dan dikongsikan di media sosial.

Jurucakap Hal Ehwal Kesihatan Taif, Abdulhadi Al-Rabie berkata tiga jururawat di hospital itu dikenal pasti dan diambil tindakan pecat.

Recommended