Kekal dalam PAS tetapi undi Pakatan, pesan Mahfuz kepada rakan-rakannya

  • 7 years ago
Bekas naib presiden PAS, Mahfuz Omar yang keluar daripada parti itu pada 31 Disember lalu meninggalkan pesanan khas untuk rakan-rakannya dalam PAS, kekal bersama parti tetapi mengundi Pakatan Harapan (PH) untuk pilihan raya akan datang.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, beliau sedar ramai pemimpin dan ahli PAS mahu bersama PH tetapi takut dikaitkan dengan Amanah, parti komponen PH yang berasal daripada PAS.

Ekoran tindakan pemimpin parti Islam itu memberikan pelbagai label kepada ahlinya yang lari menyertai Amanah termasuk "pengkhianat kepada agama dan jamaah", ia menyebabkan hubungan tegang antara mereka khasnya di kampung-kampung.

"Saya faham, keberanian itu tak sama antara seorang dengan yang lain. Jadi saya bawa mesej ahli PAS tidak perlu keluar tetapi bagi undi kepada PH kerana PAS tak sedia ambil alih kerajaan apabila mereka mahu menang 40 kerusi sahaja," katanya.

Artikel penuh: http://bit.ly/2D71YrD

Website: https://www.themalaysianinsight.com
Facebook: https://www.facebook.com/themalaysianinsight
Twitter: https://www.twitter.com/msianinsight/
Instagram: https://www.instagram.com/msianinsight/

Recommended