Lakukan 'DAB' pemain di Arab Saudi mungkin kena hukuman

  • 7 years ago
Seorang pemain bola sepak di Arab Saudi berkemungkinan besar bakal menerima hukuman selepas melakukan aksi 'DAB' di bangku simpanan pemain dan terakam oleh kamera perlawanan.

Pemain dari kelab Al Nojoom FC itu melakukan 'DAB' di mana rakannya meminta tepukan 'high five'.

Pengulas perlawanan tersebut mengatakan "tidak,tidak,tidak" kepada aksi pemain tersebut.

'DAB' dilarang keras (diharamkan)oleh Kerajaan Arab Saudi dan menjadi perkara yang sensitif kerana ianya dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.

Gaya bergambar 'DAB' atau 'dabbing' ialah gaya di mana seseorang menundukkan kepala dan mengangkat tangan ke arah sisi, sambil menutup wajahnya menggunakan lengan.

Sebelum ini seorang penyanyi popular di Arab Saudi telah diberkas kerana melakukan aksi yang sama ketika konsert.

Recommended