Video hantar anak bersama,netizen doa Ally dan Farah kembali bersatu

  • 7 years ago
Pada awal musim persekolahan bermula, Farah Lee berkongsi video menghantar anaknya Maream Esbel ke sekolah.

Video itu mendapat perhatian netizen apabila kelibat bekas suaminya pengacara Ally Iskandar turut ada di video berkenaan.

Ally dan Farah menghantar anak tunggal mereka ke pra-sekolah dan para netizen teruja mahu melihat pasangan itu kembali bersatu.

Maream baru berusia 3 tahun 4 bulan dan para netizen berdoa agar bekas pasangan suami isteri itu bersatu demi anak kesayangan mereka itu.

Pasangan itu berkahwin pada Januari 2012 dan bercerai pada Ogos 2016.

Recommended