Jokowi beli chopper emas, sokong produk tempatan

  • 6 years ago
Presiden Indonesia, Joko Widodo dilaporkan membeli sebuah motosikal jenis chopper, Royal Enfield Bullet 350cc Chopperland yang ditempah khas daripada syarikat buatan tempatan, Elders Garage & Kickass Choppers.

Memetik agensi berita tempatan, motosikal yang berwarna emas itu dibeli Jokowi pada harga Rp 140 juta (RM41,400) menggunakan wangnya sendiri.

Jokowi dilaporkan tertarik dengan motosikal berkenaan yang dipamerkan ketika acara Sumpah Pemuda pada Oktober tahun lalu.

Selepas acara berkenaan, seorang wakil Jokowi bertemu pemilik motosikal berkenaan dan menyatakan hasrat pemimpin itu untuk membelinya.

Sementara itu, Jokowi yang menerima motosikal itu di Istana Presiden kelmarin berkata, dia tertarik dengan bentuk motosikal itu, selain mahu menyokong produk tempatan.

Recommended