'JDT kalah'

  • 6 years ago
Belum ada rezeki, itu yang berlaku pada Juara Liga Super 2107, Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila tewas mudah 5-2 malam tadi.

Pada aksi kelayakan Liga Juara-juara Asia (ACL) di Stadium Supachalasai, Bangkok, JDT tewas menentang wakil Thailand, Muangthong United.

Lima gol Muangthong dijaringkan oleh Sarach Yooyen pada minit ketujuh,gol dua Heberty De Andre pada minit ke-27 dan 62 dan satu gol Tristan Do (m-21) dan Theerathon Bunmathan (m-56).

JDT berjaya menjaringkan dua gol menerusi Jorge Pereyra Diaz pada minit ke 90 dan 93 permainan.

Kekalahan ini memusnahkan peluang JDT untuk mencipta sejarah pasukan pertama negara beraksi dalam peringkat ACL musim ini.

Recommended