Metal legends Cromok & XPDC tarik lebih 3000 peminat

  • 6 years ago
Buat julung kalinya, dua kumpulan muzik metal di Malaysia di gabungkan dalam satu pentas.

Konsert Metal Legends menampilkan Cromok dan XPDC sepentas di Pintu 2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang pada Sabtu lalu.

XPDC tampil menggamit memori dengan nyanyian lagu-lagu hit mereka sambil peminat menyanyi bersama.

Tidak mahu kalah dengan persembahan XPDC yang bertenaga, Cromok juga tampil hebat dengan lagu-lagu hit mereka.

Suara lantang vokalis Cromok, Sam masih berbisa memukau peminatnya.

XPDC tampil dengan Mael, Zua, Amy dan Jeff membawakan antaranya lagu Bahalol, Penyakit Gatal, Jangan Tak Mandi, Nafisa, Raja Kertas, Senapang Patah, John Jenin, Hamba Abdi, Selendang Merdeka dan Kita Peng Yu.

Manakala Cromok membawa lagu Misty, The Other, Memories, Seedling, Another You, Little One, I Don’t Belong Here, Forever In Time dan Stranger.

Lagu Bahalol menjadi lagu pilihan gabungan dua kumpulan 'otai metal' ini menghangatkan suasana malam itu dengan lebih 3,000 peminat membanjiri konsert tersebut.

Category

🗞
News

Recommended