JDT II 'menangis' dibelasah Felda 4-1

  • 6 years ago
Aksi Liga Perdana malam tadi menyaksikan Felda United menang mudah ke atas Johor Darul Ta'zim II (JDT II).

Kemenangan ini merupakan kemenangan keempat berturut-turut Felda tanpa satu pun kekalahan setakat ini.

Gol Felda dijaringkan oleh Gilberto Fortunato seawal minit ke-8 apabila situasi kelam kabut di depan gawang JDT II.

Dua minit selepas itu Wan Zack Haikal bijak menyudahkan hantaran satu dua untuk gol ke dua Felda.

Babak kedua JDT II cuba bangkit dengan gol pertama pada minit ke-58 menerusi Che Rashid Che Halim yang bijak menyudahkan sepakan penjuru rakan pasukan.

Namun 10 minit kemudian Thiago Augusto Fernandes meledak gol ketiga Felda sekaligus meranapkan kebangkitan JDT II.

Berbaki lima minit perlawanan sebenar Christie Jayaseelan pula meledak gol keempat Felda untuk penutup malam gemilang di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Recommended