• 6 years ago
KL Special Force
Pengarah Syafiq Yusof
Penerbit
Dato' Yusof Haslam
Dato’ Sri Mohd Fadino
Penulis Syafiq Yusof
Dibintangi oleh Rosyam Nor
Fattah Amin
Syamsul Yusof
Muzik oleh Ken Hor
Lo Shi Seng
Sinematografi Azami Alias
Disunting oleh Syafiq Yusof
Syarikat
produksi
Skop Productions
Damofa Productions
Viper Studios
Mula ditayangkan
8 Mac 2018
Tempoh tayangan
106 minit
Negara Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Perbelanjaan RM4 juta
Pecah panggung RM12.1 juta[1][2]
KL Special Force merupakan sebuah filem aksi Malaysia 2018 arahan Syafiq Yusof terbitan bersama Skop Productions, Damofa Productions dan Viper Studios. Ia dibintangi oleh Rosyam Nor, Fattah Amin dan Syamsul Yusof.[3][4][5] Filem ini mengisahkan sekumpulan unit khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berusaha untuk menjatuhkan kumpulan perompak dikenali sebagai Geng Anarkis yang merompak bank Damofa.[6][7][8]

Penggambaran dijalankan pada Julai 2016 di Kuala Lumpur dan Putrajaya dan berakhir pada September 2016. Filem ini ditayangkan pada 8 Mac 2018, menerima ulasan positif daripada pengkritik filem dan meraih kutipan sebanyak RM12.1 juta dalam masa 4 minggu tayangan

Recommended