Panggil saya 'Bro Saddiq' - Menteri

  • 6 years ago
Menteri penuh termuda Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini secara rasmi memulakan tugasnya di Kementerian Belia dan Sukan.

Dalam ucapan sulungnya kepada kakitangan kementerian itu, beliau meminta mereka tidak memanggilnya sebagai 'yang berhormat' tetapi 'bro Saddiq'.

Syed Saddiq berkata beliau mahu menerapkan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia dan memulakannya dengan mengajak kakitangan kementerian untuk joging bersama-samanya.

Recommended