Nyanyian semangat bagi Elveena

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR - Bukan mudah untuk wanita ini meneruskan langkah dalam bidang nyanyian selepas empat tahun lamanya, beliau menyepi daripada merakamkan single.

Bagi Elveena Iris, beliau gembira kerana impiannya untuk melahirkan single kedua tercapai apabila lagu ciptaan komposer terkenal tanah air, Adnan Abu Hassan berjudul Malu Tapi Mahu direalisasikan.

Selain lagu Adnan, turut dimuatkan dalam single terbaru Elveena ialah lagu ciptaan Zul 2 By 2 berjudul Cinta Tidak Boleh Begini.

Persoalannya, mengapakah Elveena bersemangat kental dan sanggup mengeluarkan sendiri wang ringgit untuk pembikinan single keduanya itu?

Jawapan Elveena boleh diperoleh dalam video Sembang Online Bersama Elveena Iris. - ONLINE