Antara penyanyi dan penari: Realiti Rima Rashidi, impian Yna Rose

  • 6 tahun lalu
KUALA LUMPUR - Adrenna Rose Noah Adnan atau lebih mesra dengan panggilan Yna Rose adalah anak sulung kepada penyanyi dan pelakon, Rima Rashidi yang popular di tahun 90-an menerusi lagu berjudul Kasih Berbunga Lalang.

Yna Rose yang baharu berusia 14 tahun, mempunyai minat yang mendalam dalam seni tari kerana adalah mencari hasrat dan impian beliau untuk bergelar penari profesional suatu hari nanti.

Namun begitu bukan sesuatu yang muda untuk mengejar cita-cita Yna Rose itu. Kedua-dua ibu dan bapanya yang bukan sahaja memberi sokongan moral ke atas gadis cantik ini dalam mengejar cita-citanya tetapi juga sanggup menghantar Yna Rose ke kelas-kelas tarian untuk mempelajari teknik seni tari yang betul.

Sebenarnya, dalam industri hiburan tanah air, kedudukan penari tidak setanding seperti mana golongan penyanyi, pelakon dan pemuzik. Bahkan, dari segi bayaran juga, golongan penarilah yang menerima bayaran paling murah.

Maka itulah, dalam temu bual video secara eksklusif Utusan Online bersama Rima Rashidi dan Yna Rose, ibu dan anak ini berkongsi cerita tentang cabaran sebagai penyanyi dan hasrat sebagai penari. - UTUSAN ONLINE