Pertabalan Sultan Perak: Masjid, surau anjur doa selamat

  • 6 tahun lalu
KUALA KANGSAR 3 Mei - Seluruh masjid dan surau di negeri Perak hari ini menganjurkan majlis kesyukuran dan doa selamat sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke-35, Sultan Nazrin Muizuddin Shah.

Majlis yang sama turut berlangsung di institut pengajian tinggi awam, maktab, kolej dan sekolah berasrama.

Sultan Nazrin turut perkenan menyertai majlis berkenaan di Masjid Ubuddiah, Kuala Kangsar.

Lebih 1,000 jemaah menyertai baginda di masjid tersebut dengan solat maghrib diketuai oleh Imam Masjid Ubudiah, Helmi Ibrahim.

Selesai solat maghrib, Sultan Nazrin dan jemaah membaca Yassin dan tahlil sehingga masuk solat isyak dan diakhiri dengan jamuan makan malam.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perungkup, Datuk Shahrul Nizam Yahaya berkata, Sultan Nazrin telah menitahkan kepada Mufti Perak agar istiadat pertabalan tidak dicemari dengan unsur-unsur khurafat. - UTUSAN ONLINE

Disyorkan