Jemaah haji mesti jaga nama baik Malaysia

  • 6 tahun lalu
Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehudin Sultan Badlishah menyeru jemaah haji agar sentiasa menjaga nama baik negara termasuk menjauhkan diri daripada sebarang perhimpunan atau demonstrasi semasa berada di tanah suci.
Tunku Sallehudin bertitah, semua jemaah perlu mematuhi nasihat dan arahan daripada pihak berkuasa Arab Saudi serta peraturan Tabung Haji bagi menjamin keselamatan mereka dan demi menjaga nama baik Malaysia dan negeri Kedah.
“Saya juga ingin menasihatkan jemaah haji agar sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan diri bagi memastikan pelaksanaan ibadah haji berjalan dengan lancar,” kata baginda dalam Majlis Mengucapkan Selamat Jalan kepada jemaah haji negeri Kedah ke Tanah Suci di sini semalam.

Disyorkan