PM hubungi Mohd. Nor Azrin di Pyongyang

  • 6 tahun lalu
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Korea Utara memberi jaminan kesemua rakyat Malaysia di negara tersebut berada dalam keadaan selamat dan bebas melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Menurut Perdana Menteri, walau bagaimanapun rakyat Malaysia tidak dibenarkan meninggalkan negara tersebut kecuali dua daripada mereka yang bertugas dengan Misi Bantuan Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Saya baru selesai perbua­l­an telefon dengan Penasihat Kedutaan Besar Malaysia di Pyongyang, Mohd. Nor Azrin Md. Zain. Beliau bersama keluarganya serta rakyat Malaysia yang lain berada dalam keada­an selamat di Korea Uta­ra.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/korea-utara-jamin-rakyat-malaysia-selamat-1.454334

© Utusan Melayu (M) Bhd

Disyorkan