PISA disambung tiga tahun lagi

  • 6 tahun lalu
PARIS 31 Okt. - Malaysia memperbaharui komitmen Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) untuk tempoh tiga tahun lagi, bermula tahun ini.

Badan yang mengawal selia PISA, Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) akan melakukan pensampelan tentang sekolah, guru dan pentadbiran berdasarkan kriteria tertentu, sebelum menentukan sekolah mana yang bakal menyambut program penarafan pendidikan antarabangsa itu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika mengumumkan perkara itu di sini menegaskan:

“Yang paling penting ialah bagaimana PISA mempengaruhi pencapaian pelajar-pelajar kita dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik, sementara dari segi guru, bagaimanakah pentaksiran (PISA) boleh membuatkan guru kita boleh berimpak tinggi dari segi pengajaran dan pembelajaran, dan ketiganya kita lihat kesannya terhadap kualiti kepemimpinan di sekolah.”

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pisa-disambung-tiga-tahun-lagi-1.545502#ixzz4x53pFNTI
© Utusan Melayu (M) Bhd

Disyorkan